Resipi Ketam Belacan Kicap


Ketam Belacan Kicap


(berbeza dgn masakan kicap lain krn rasa belacan yg menambah kelazatan rasa ketam segar tapi tidak menghilang rasa ketam tu sendiri)
3-4 ekor ketam
1 biji bawang bsr dihiris kasar
2 ulas bawang puteh dihiris halus
2 inci halia dihiris
2 biji lada merah dibelah
2 inci belacan (hancurkn)
2 sudu cuka
2/3 cawan kicap manis
1 sudu kcl gula
Sedikit garam

Tumiskan halia & bawg puteh dgn sedikit minyak, sehingga naik baunya. Masukkn hirisan bawang besar. Tumis sebentar sahaja. Masukkan belacan. Masukn sedikit air supaya belacan tidak hangus.
Masukkn ketam. Gaul selalu. Biar belacan mesra kpd ketam. Tambah air sedikit dikit untuk pastikan masakan tidak kering. Anggaran air dlm kuali sekadar 1 cawan sahaja.
Bila ketam separa masak, baru masukkn kicap, cuka, gula, garam & lada merah tadi..
Gaul hingga sebati & masak...

Comments

Popular Posts