Sambal Hijau (ala2 Sambal Ketuk)

Sambal Hijau Ala2 Sambal Ketuk


Bahan2nya
Disangai dgn menguna minyak yg sedikit (1-2 sudu makan) ~
30-40bj lada padi hijau
8-10 ulas bawang kecil 
2 inci belacan
>< 1 cawan ikan bilis

Caranya...
Jika sambal ketuk, semua bahan diatas ditumbuk separuh hancur. Tp berbeza jika guna blender kering. Mulakn dgn kisar ikn bilis. Jgn terlalu halus. Keluarkan. Kisar pula lada kecil bersama belacan. Pun jangan terlalu halus. Keluarkan. Baru kisar bawang. Sekejap sahaja. Biar kasar2. 
Dalam sebuah bekas, semua bahan digaul rata. Tak perlu tambah garam. Tidak perlu ditumis lagi. Kurang pengambilan minyak, tapi cukup sedap untuk dimakan bersama nasi, ubi dll...
 Tidak boleh dikisar secara sekaligus. Kerana tektur bahan yg berbeza akan akibatkn mutu hasil kisar yg tak serata. 

Digalakan menyimpan dalam chiller peti sejuk. Bukan beku ya.
Siap untuk digunakan pada bila2 masa. 
Paling sesuai untuk guna sebagai bahan asas mengoreng nasi, bee hoon, laksa dll.... Cuma perlu tambah bahan2 sampingan seperti fishball, udang, aym dll...


Sambal Hijau Ala2 Sambal Ketuk

Comments

Popular Posts