Resipi Nasi Lemak Mama


Nasi Lemak Mama

Ingredients:
Beras
Santan
Daun Pandan
Halia
Garam

Directions:
Basuh beras. Letak air sukat mcm nak masak nasi. Tgk kat marking dlm periuk pastikan air paras  mana. eg. kat gedat no 3. Buang air. Goncang santan kotak. Supaya rata kekentalannya. Tuang santan. Kalau 2 pot dalam setengah kotak lebeh sikit. Tapi kalau 3 pot dalam ¾ kotak lebeh sikit juga. Letak hirisan halia paras 2 gedat jari, pandan dalam 3-4 helai. Garam secukupnya.
Gaul. Tambah air sampai marking air tadi. Tapi lebeh sikit air sebab santan pekat. Jadi air kena lebih. Ambil eg.marking 3 tadi. Jadi kena 3 ¼.
Bila telah masak. Tengok kalau macam keras. Tambah air panas sikit utk keraikan nasi. Jika guna periuk api elektrik, dah klik terangkat, kacau sekejap & biarkan lama. Kerana santan pekat, nasi akan belum tanak dgn betul. Kurang² 20-30mins lagi. 

Comments

Popular Posts